Jul 14, 2004

hahaha...

Salam alaik
May Allah blessed all of us..ameen!Well, semalam akhirnya post mortem telah dijalankan.Erm..tak ku sangka ianya mendatangkan kesan tragik di hati kebanyakan rakan seperjuanganku. Post mortem?? Itu satu wadah utk melihat kembali segala yang telah berlaku, menilai dan memuhasabah diri.Creation telah tersurat di hati kami dan bagi aku ianya adalah satu pengalaman indah..nian di hati ;)

Aku turut bangkit berhujah dan suka aku nyatakan dengan bahasa yang lebih mulia..yakni 'berkongsi rasa dan pendapat' seorang aku ttg dasar kepimpinan dan semangat berpasukan. HEHE..lucunya bila mana aku digelar cikgu bila bangkit bercakap malam tu. Ermm..sebetulnya aku dah sediakan point nak bercakap malam tu kerna bagi aku ada sesuatu yg aku perlu tekankan bersama sahabat yang lain. Bukan aku syumul, sekadar berkongsi. Yes..semalam ada yang menangis, ada yang menyalahkan dan disalahkan. Personally, segala yang baik dan buruk semasa CREATION dah pergi..segalanya telah tamat dan bagi aku kami semua dah buat yang terbaik. Apa jua yang melanda, aku anggapkan sebagai pengalaman malah pengajaran. Lain kali, utk program akan datang,perkara2 inilah yang akan memantau kerjaku.

Aku tekankan jua konsep kerja..bila mana kita buat sesuatu usahlah sesekali mengharap pujian insani cos ianya sementara. Yang paling utama adalah pandangan Allah pada kita. Ermm..rasa takut bila mana lahir rasa ujub dan riak secara tetiba..aku sangat risau akannya..a'uzubillah. Ape pon, semalam kami telah kembali tersenyum. Buat mereka yang kurang sedar..aku harapkan ada sedikit pengajaran yang terserap..mungkin sekelumit kesalahan itu tak terserlah..ia mungkin satu denda dari Allah. Aku harapkan bila mana aku bersalah..aku akan sentiasa alert dan cuba kembali..paling aku risaukan bila aku tak nampak kesalahan yang aku lakukan..Allahu!

Buat semua member Creation..tanpa kita sume tiada Creation, kita dah lakukan yang terbaik,mari belajar dari kesilapan dan CREATION sebenarnya terlalu berjaya sampaikan aku masih terasa bahang kasih bersaudara yang tertaut antara kami. Ukhuwwah itu indah jika segalanya kerana Allah..maas salamah :)

No comments: